Piagam Pelanggan

  1. Memastikan setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan. 

  2. Keputusan peperiksaan semester akan diposkan kepada ibu bapa/penjaga dalam tempoh dua minggu selepas hari terakhir peperiksaan.

  3. Setiap kes disiplin yang berat dan amat berat yang dilaporkan akan diambil tindakan  dalam tempoh 24 jam

  4. Makanan untuk pelajar disediakan mengikut menu dan masa yang dijadualkan.

  5. Urusan penghantaran pelajar yang memerlukan rawatan pesakit luar akan  dibuat dua kali sehari di Klinik Kesihatan Sauk mengikut jadual yang ditetapkan.

  6. Setiap kerosakan kemudahan akan diambil tindakan dalam tempoh dua hari selepas aduan bertulis diterima.

  7. Setiap aduan bertulis yang lengkap dengan nama dan alamat pengadu akan diberi maklum  balas dalam tempoh tujuh hari bekerja.

  8. Semua urusan pembayaran kepada pembekal akan di bayar dalam tempoh empat belas hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.